Al-Quran ada menyatakan bahawa salah satu tanda umat akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, adalah runtuhnya Masjid Al-Aqsa dan seterusnya Baitullah Al-Haram(Makkah). Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman itu adalah kehancuran Masjidil Aqsa dan juga adalah satu petanda kiamat hampir tiba.
Masjidil Aqsa
Masjidil Aqsa (Haram Al-Sharif)
Mengikut sejarah Masjidil Aqsa bermaksud seluruh kawasan Haram al-Sharif yang menempatkan Masjid al-Aqsa ‘Masjid Paling Jauh’ dan Qubbat As-Sakhrah (Dome of The Rock). Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah (Baitullah Al-Haram) di Makkah dengan perintah Allah SWT.
Masjid Al-Aqsa
Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah yang terletak di Baitulmaqdis (Jerusalem ). Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.Menurut orang Yahudi ianya terbina di kawasan Haram Al-Sharif atau ‘Temple Mount’ kononnya menempatkan kuil (Solomon Temple/Heikal sulaiman/kuil sulaiman) yang pernah dibina di Baitulmaqdis.
Kaabah (Baitullah Al-Haram) di Makkah
Umat Islam percaya di tempat suci inilah Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Dalam hadits shahih disebutkan sebagai salah satu dari tiga masjid yang dianjurkan untuk diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsha. Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 4000 hingga 6000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.
‘Qubbat As-Sakhrah’
Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ (Dome of The Rock) yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj. ‘Qubbat As-Sakhrah’(Dome of The Rock). Yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis. Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam.
Sallahuddin al-Ayyubi
Pada 1,099M Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel , namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.
Terowong Di Bawah Masjidil Aqsa
Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel . Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman (Solomon Temple/Heikal sulaiman/kuil sulaiman). Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis). Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman.
Israel = Yahudi
Pembinaan terowong ini yang tidak pernah dihentikan sehingga sekarang menambahkan risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid al-Aqsa.
Konspirasi Berkaitan Masjid Al-Aqsa
Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Qubbat As-Sakhrah (Dome of The Rock) sebagai Masjid Al-Aqsa.
Gambaran Solomon Temple
Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya dan membina kuil (Solomon Temple/Heikal sulaiman/kuil sulaiman). . Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
kiri: Masjid Al-Aqsa kanan:Qubbat As-Sakhrah
Betapa jauhnya perbezaan antara Qubbat As-Sakhrah (Dome of The Rock) jika dibandingkan dengan Israel telah menggembar- gemburkan di seluruh dunia samada di dalam akhbar, internet dan televisyen mengelirukan umat Islam tentang wajah sebenar masjid Al-Aqsa ini. Mereka ingin menguasai masjid ini lantas merobohkannya apabila umat islam tidak mengetahui yang mana satu masjid Al-Aqsa sebenar.
Wilayah Palestin (Hijau)
Kaum Yahudi ini juga ingin merampas seluruh tanah yang sebelum ini kepunyaan penduduk Palestin. Malah sekiranya anda menaip membuat carian masjid Al-Aqsa di mana-mana pencari Image internet, gambar bangunan berkubah kuning (Qubbat As-Sakhrah/Dome of The Rock) ini akan kelihatan dengan tajuk masjid Al-Aqsa!!!
Tembok Buraq (Tembok Ratapan)
Ramai umat islam termasuk di Malaysia keliru menganggap masjid berkubah kuning (Qubbat As-Sakhrah/Dome of The Rock) ini masjid Al-Aqsa. Banyak jenayah Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa yang kita tidak ketahui iaitu :
- Menghalang umat Islam dari menziarahi Masjid Al-Aqsa,
- Menghalang usaha membaik-pulih Masjid Al-Aqsa,
- Rampasan Tembok Buraq (Tembok Ratapan) yng sebahagiannya dari Al-Aqsa,
- Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Al-Aqsa,
- pembakaran masjid secara terancang,
- pengeboman secara terancang ke atas Masjid Al-Aqsa,
- pembunuhan umat Islam di Masjid Al-Aqsa,
- Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini,
- Pembinaan tugu(Solomon Temple/Heikal sulaiman/kuil sulaiman).
Lambang 'Horuman' mewakili tugu (Solomon Temple)
# Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan menunaikan apa yang telah disyariatkanNya. Allahhualam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan