One thousand and one nights 1961 Romanian edition
Hikayat Seribu Satu Malam (bahasa Arab: كتاب ألف ليلة وليلة Kitāb 'Alf Laylaṯ wa-Laylaṯ, bahasa Parsi: هزار و یک شب Hazâr-o Yak Šab) ialah sebuah karya kesusasteraan Timur Tengah Zaman Pertengahan yang mengandungi hikayat-hikayat yang diceritakan oleh Scheherazad (bahasa Parsi: Shahrastini) kepada suaminya. Suaminya pun tidak jadi hendak menghukum bunuhnya dan biar dia hidup untuk satu lagi hari. Karya "Seribu Satu Malam" terdiri daripada koleksi hikayat yang dipercaya berasal daripada hikayat-hikayat Parsi, Arab dan India. Cerita-cerita teras mungkin berasal dari India dan disusun dalam sebuah karya Parsi yang bertajuk Hazar Afsanah ("Seribu Legenda"). Susunan Arab Alf Layla ("Seribu Malam") yang wujud pada kira-kira 850, mungkin merupakan terjemahan singkat untuk Hazar Afsanah. Sebilangan unsur-unsurnya boleh didapati dalam sajak Odyssey yang dikatakan ditulis oleh Homer, seorang pemuisi Yunani. Dalam kesusteraan Melayu, hikayat ini yang diterjemahkan atau disadur dari salah satu naskah Arab pada abad ke-14 M, juga dikenali sebagai Hikayat Alfu lailah wa-iailah [1]yang dikelaskan sebagai cerita-cerita berbingkai. Nama terkininya, Alf Layla wa-Layla (terjemahan harfiah: "Seribu Malam dan Satu Malam", iaitu "1001 Malam") mungkin muncul pada masa yang tidak diketahui pada Zaman Pertengahan, dan membayangkan gagasan nombor terhingga trans kerana 1000 mewakili infiniti konsepsi di kalangan ahli-ahli matematik Arab. Menurut legenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi ini akan menjadi gila. Ciri tersendirian Seribu Satu Malam telah direka pada beberapa abad, oleh banyak orang dan dalam karya berlainan, dan banyak telah menjadi termasyur dalam hak mereka tersendiri. Contoh-contoh terkenal termasuk Aladdin, Ali Baba dan Empat Puluh Penyamun, dan Tujuh Pengembaraan Sinbad seorang Pelayar.
Sejarah
Semasa pemerintahan dinasti Abbasiyyah Arab di bawah Khalifah Harun al-Rashid pada abad ke-8, Baghdad telah menjadi sebuah bandar raya kosmopolitan yang utama. Terdapat ramai pedagang-pedagang dari Parsi (Iran), China, India, Afrika, dan Eropah di Baghdad. Adalah pada tempoh itu bahawa banyak cerita, yang asalnya merupakan budaya rakyat, dikumpul secara lisan dan kemudiannya disusun dalam sebuah buku yang tunggal.Teras untuk hikayat-hikayat itu ialah sebuah buku Parsi Ssassanid Pahlavi yang bertajuk Hazâr Afsâna[2] ('Seribu Mitos', dalam Parsi: هزارافسانه). Penyusun dan penterjemah untuk bahasa Arab dikatakan Abu abd-Allah Muhammed el-Gahshigar, seorang Arab yang hidup pada abad ke-9. Cerita rangka Shahrazad kelihatan ditambahkan pada abad ke-14. Susunan bahasa Arab moden yang sulung diterbitkan di Kaherah pada tahun 1835, dan berdasarkan penulisan-penulisan Mesir.
Sinopsis
Hikayat-hikayat itu berlaku pada zaman Empayar Sasan dan bermula dengan Shahryar, seorang maharaja Parsi. Maharaja itu memerintah sebuah pulau yang tidak dinamakan "antara India dengan China" (dalam edisi-edisi moden berdasarkan transkrip-transkrip Arab, baginda ialah maharaja India dan China). Terperanjat dengan kecurangan isterinya, Shahryar membunuhnya. Menganggap bahawa semua wanita juga curang, baginda memerintahkan wazirnya untuk mendapatkan isteri yang baru setiap malam (dalam beberapa versi, setiap tiga malam). Selepas menghabiskan satu malam dengan isterinya, baginda akan menjalankan hukuman mati ke atasnya pada waktu subuh. Amalan ini berterusan agak lama, sehingga Sheherazad, seorang anak perempuan wazir yang bijak, membentuk rancangan dan secara sukarela menjadi isteri Shahrayar. Dengan bantuan adik perempuannya, Dunyazad, Sheherazad menghabiskan berjam-jam setiap malam selepas perkahwinannya dengan maharaja itu, untuk menceritakan hikayat-hikayat kepada baginda. Setiap kali sewaktu subuh, Sheherazad akan berhenti pada bahagian saspens supaya baginda akan menangguhkan hukuman mati ke atasnya kerana ingin mengetahui akhir cerita. Akhirnya, Sheherazad mengurniakan baginda dengan tiga anak lelaki. Oleh sebab baginda telah diyakinkan olehnya akan kesetiaan seorang isteri, maka dekri itu dimansuhkan. Hikayat-hikayat itu berbeza-beza secara meluas dan merangkumi cerpen sejarah, cerpen cinta, tragedi, komedi, sajak, burlesk, serta legenda agama Islam. Sebilangan hikayat masyhur yang diceritakan oleh Shahrazad kini diterjemahkan dalam banyak bahasa Barat, termasuknya:
- Lampu Aladdin
Bagaimanapun, hikayat "Aladdin" dan "Ali Baba" sebenarnya hanya dimasukkan oleh Antoine Galland, seorang orientalis Perancis, pada abad ke-18. Galland mendakwa bahawa beliau memperoleh cerpen-cerpen dalam bentuk lisan daripada seorang pencerita Maronite (ahli Gereja Katolik Timur) yang berasal dari Aleppo, Syria. Banyak hikayat menggambarkan jin, ahli sihir, dan tempat-tempat lagenda, yang sering dicampurkan dengan masyarakat dan geografi yang sebenar; umpamanya, kalifah sejarah, Harun al-Rashid, yang merupakan protagonis yang biasa, bersama-sama dengan pemuisi istana, Abu Nawas, dan wazirnya, Ja'far al-Barmaki. Kadang-kala, satu watak dalam hikayat Scheherazad akan bermula dengan menceritakan kepada watak-watak yang lain tentang sesuatu kisah, dan kisah itu mungkin mengandungi lagi satu kisah di dalamnya yang diceritakan. Teknik ini menghasilkan jalinan karangan yang kaya dengan berbilang lapisan atau dikenali sebagai 'cerita berbingkai' (cerita dalam cerita).
Edisi-edisi Hikayat Seribu Satu Malam
Ali Baba dan 40 Orang Penyamun.
Ali Baba terserempak dengan sebuah sarang penyamun. Dengan menggadaikan untung nasibnya, dia menyelinap masuk ke dalam gua berkenaan. Beliau kemudian lalu ‘menyamun’ harta benda penyamun yang ada sedaya upaya, selarat angkatan tulang empat kerat beliau. Abangnya, Kassim Baba bagaimanapun lebih ‘tamaha’, tamak. Beliau memaksa Ali Baba memberitahunya tentang kedudukan gua berkenaan dengan harapan dapat ‘tumpang sekaki’ mengaut harta benda yang bertimbun-timbun di dalam gua. Tapi Kassim Baba bernasib malang kerana ketamakannya. Beliau mahu mengangkut semua harta-benda yang ada. Akibatnya beliau telah dibunuh, telah kehilangan nyawa sendiri.
Arabian Nights
Kulit buku untuk edisi Sir Richard Francis Burton.
Versi Eropah yang sulung (dan edisi bercetak yang pertama) ialah sebuah terjemahan bahasa Perancis (1704 - 1717) oleh Antoine Galland, berdasarkan susunan awal yang ditulis dalam bahasa Arab. Buku itu, Les Mille et une nuits, contes arabes traduits en français (dalam 12 jilid) mungkin merangkumi cerita-cerita Arab yang diketahui oleh Galland tetapi tidak termasuk dalam susunan Arab itu. Lampu Aladdin dan Ali Baba dan Empat Puluh Penyamun muncul buat pertama kali dalam terjemahan Galland tetapi tidak didapati dalam penulisan-penulisan asal. Galland menulis bahawa beliau mendengar cerita-cerita itu daripada seorang pencerita Kristian Syria dari Aleppo yang bernama Youhenna Diab. Beliau menamakannya sebagai "Hanna" yang merupakan seorang cendekiawan Maronite.
Aladdin dan Lampu Yang Telah Disihir, serta Cerita-cerita Lain (London 1901) yang ditulis oleh John Payne memberikan perincian terhadap pertemuan Galland dengan 'Hanna' pada tahun 1709, serta penemuan dua manuskrip dari Bibliothèque Nationale, Paris yang mengandungi Aladdin serta dua buah lagi cerita 'interpolasi'. Payne memberikan sebagai contoh, pengalaman (dan perbuatan) Galland yang menunjukkan bahawa golongan cendekiawan Islam yang utama tidak mengambil berat terhadap hiburan-hiburan itu, dengan akibat bahawa:
...salinan-salinan lengkap untuk karya yang asli jarang ditemui, koleksi-koleksi... dan salinan-salinan yang bercebis-cebis, kebanyakannya wujud dalam tangan pencerita-pencerita profesional yang enggan memberikannya kepada sesiapa, kerana menganggapnya sebagai stok untuk perniagaan mereka. Mereka mempunyai tabiat untuk menggabungkan teks asli dengan pelbagai jenis cerita dan anekdot daripada sumber-sumber yang lain untuk melengkapi bahagian-bahagian yang tidak ada dalam karyanya yang asal. Proses penambahan dan penggabungan yang berlangsung sejak penciptaan koleksi Malam-malam pertama sebagai sebuah karya yang nyata dan sudah pasti masih berlangsung di negara-negara Timur (khususnya, negara-negara yang tidak mempunyai dipengaruhi Eropah), mungkin dapat menerangkan sifat kepelbagaian antara pelbagai manuskrip Malam-malam yang moden, serta perbezaan yang amat besar antara banyak teks dan kandungan dari segi perincian dan pemilihan kata untuk cerita-cerita yang sama.
Kemungkinannya, terjemahan yang paling terkenal di kalangan penutur bahasa Inggeris ialah versi oleh Sir Richard Francis Burton yang bertajuk "Buku Seribu Malam dan Satu Malam" ("The Book of the Thousand Nights and a Night" (1885)). Berbeza dengan edisi-edisi terdahulu, terjemahan sepuluh jilidnya tidak dipengaruhi oleh Thomas Bowdler. Walaupun dicetak pada Zaman Victoria, ia mengandungi kesemua nuansa erotik daripada bahan-bahan yang asal, lengkap dengan imej seks dan kilasan pederasti yang ditambahkan oleh Burton sebagai lampiran untuk hikayat-hikayat utama. Untuk memintas undang-undang Victoria yang tegas terhadap bahan-bahan yang lucah, Burton tidak menerbitkan karyanya dalam bentuk buku, tetapi menjualnya melalui langganan sahaja. Sepuluh jilid yang asal itu disusuli dengan enam jilid lagi yang bertajuk "Malam-malam Tambahan untuk Seribu Malam dan Satu Malam" (The Supplemental Nights to the Thousand Nights and a Night) yang dicetak antara 1886 dan 1888.
Hikayat Seribu Satu malam dengan ejaan lama sebagai Kesah Sa-Ribu Satu Malam.
Versi-versi yang lebih terkini termasuk versi J. C. Mardrus, seorang doktor Perancis, yang telah diterjemahkan oleh Powys Mathers dalam bahasa Inggeris. Yang lebih utama ialah versi kritis dalam bahasa Arab yang disusun oleh Muhsin Mahdi, berdasarkan manuskrip Syria abad ke-14 yang didapati dari Bibliothèque Nationale. Versi ini merupakan versi yang paling tepat dan rapi pada waktu ini, dan telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh Husain Haddawy.
Buku Hikayat Seribu Satu Malam mempunyai satu buku yang hampir serupa dengannya iaitu: Manuskrip yang Ditemui di Saragossa oleh Jan Potocki. Potocki, seorang bangsawan Poland pada akhir abad ke-18, membuat perjalanan ke Timur untuk mencari edisi asal buku ini tetapi tidak dapat mencarinya. Selepas kepulangannya ke Eropah, beliau menulis sebuah mahakarya yang mempunyai rangka berbilang aras.
Nota
- ↑ Sejarah Intelektual di Nusantara
- ↑ Abdol Hossein Saeedian, "Tanah dan Penduduk Iran" m.s. 447
Pautan luar
Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Arabian Nights |
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
- Seribu Malam dan Satu Malam dalam pelbagai terjemahan klasik, termasuknya versi tidak bertapis oleh Sir Richard Francis Burton, dan terjemahan John Payne, bersama-sama dengan bahan-bahan tambahan.
- Kisah-kisah Dari Seribu Satu Malam, (terjemahan Lane dan Poole): edisi Projek Bartleby
- Malam-malam Arab (termasuknya terjemahan Lang dan Burton (tidak ditapis): Edisi-edisi Yayasan Kesusasteraan Elektronik
- 1001 Sumber-sumber dan Pautan-pautan untuk Seribu Satu Malam dari Universiti Houston
- Buku Seribu Satu Malam oleh John Crocker
- Hikayat Malam-malam Arab, tapak yang dikhususkan untuk hiyakat-hikayat 1001 malam (senarai tersusun)
- 1001 Malam, perwakilan kesusasteraan timur (dalam bahasa Parsi)
- "Pemuda dengan Guru Peribadinya" & "Abu Nuwas dan Tiga orang Pemuda" - dua hikayat homoerotik daripada Malam-malam Arab
Pautan filem dan televisyen
- Arabian Nights—Tapak web rasmi
- Sinbad: Legend Of The Seven Seas—Tapak web rasmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan