Khamis, 7 April 2011

Hikayat Pemerintahan Firaun



Etimologi 

Contoh awal 'Pr Aa' digunakan untuk merujuk raja adalah dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) peda pertengahan Dinasti Kelapan Belas Mesir (1539-1292 SM) yang merujuk kepada 'Firaun, dikurniakan kehidupan, kemakmuran dan kesihatan, Tuan'.2 Dari Dinasti Kesembilan Belas dan seterusnya, digunakan juga hm.f 'Baginda Tuanku'. Maka, istilah itu berubah dari sesuatu yang dirujuk bersama bangunan sehinggalah gelaran kehormat bagi seorang raja, dan juga pejabatnya.
1 (Inggeris)Ancient Egyptian Grammar (3rd ed.), A. Gardiner (1957) 71-76
2 (Inggeris)Hieratic Papyrus from Kahun and Gurob, F. LL. Griffith, 38, 17.

 

Mahkota

Raja Mesir memakai dua mahkota, yang dicipta dari Mahkota Merah dari Mesir Hilir dan Mahkota Putih dari Mesir Hulu. Ia dihiasi dengan ular yang digandakan ketika Dinasti Kedua Puluh Lima. Ahli kaji Mesir purba, Bob Brier mendapati walaupun terdapat banyak pernyataan dan lukisan tentang mahkota diraja, tiada mahkota yang sebenar ditemui. Makam Tutankhamun digali besar-besaran tetapi tetap tidak dijumpai. Mahkota tersebut dikatakan mempunyai kandungan sihir, dan pendapat Brier mengatakan bahawa mahkota tersebut tidak boleh dibawa bersama apabila telah mangkat tetapi harus diserahkan kepada penggantinya. Gelaran rasmi bagi raja ketika Kerajaan Baru mengandungi lima nama; bagi sesetengah pemerintah, kita hanya mengetahui satu atau dua sahaja



Ahmose


 kiri:mumia Firaun Ahmose dan kanan: topeng Firaun Ahmose


Ahmose I (kadang-kadang ditulis Amosis I, "Amenes" dan "Aahmes" dan berarti Lahir dari Bulan) adalah firaun Mesir Kuno dan pendiri dinasti kedelapan belas Mesir. Ia adalah anggota keluarga kerajaan Thebes. Ayahnya, Seqenenre Tao II, dan saudaranya, Kamose, adalah firaun pada masa dinasti ketujuh belas Mesir. Pada masa kekuasaan ayahnya, Thebes mulai memberontak melawan Hyksos yang menguasai Mesir Hilir. Ketika Ahmose masih berusia tujuh tahun, ayahnya tewas.[2] Selanjutnya, saat masih berumur sepuluh tahun, saudaranya Kamose meninggal setelah berkuasa selama tiga tahun. Maka Ahmose I menggantikan saudaranya sebagai firaun.Pada masa kekuasaannya, ia menyelesaikan pengusiran Hyksos dari delta sungai Nil. Ahmose I merestorasi kekuasaan Thebes atas seluruh Mesir dan mempertegas kembali kekuatan Mesir di Nubia dan Kanaan. Ia lalu mereorganisir pemerintahan negara, membuka kembali tambang-tambang dan jalur perdagangan, dan juga melancarkan proyek pembangunan besar. Masa kekuasaannya menjadi pondasi bagi periode Kerajaan Baru, saat Mesir mencapai puncak kejayaannya.


  
salasilah keturunan Firaun 


Tutankhamun


 Topeng mumia Tutankhamun


Tutankhamun ialah seorang maharaja / firaun muda yang terkenal pada zaman kerajaan Tamadun Mesir purba. Baginda memerintah dari 1333 SM - 1323 SM dalam Dinasti Kelapan Belas yang turut dikenali sebagai Tempoh Kerajaan Amarna. Sebagai keturunan hasil persatuan kakak beradik, firaun yang sering dikaji ini kini terungkap memiliki kaki yang menderita cacat bawaan disertai penyakit tulang, yang menyebabkannya amat kesakitan saat berjalan. Perkimpoian sedarah mungkin menghasilkan cacat tersebut dan bahkan menyebabkan sang firaun tidak dapat memiliki ahli waris dengan istrinya, yang mungkin adalah saudara tiri nya. Namun, cacat apapun yang diwarisi raja Tut dalam hidupnya, citra yang ditinggalkan untuk selamanya adalah satu citra yang sangat cemerlang, topeng pemakaman indah bertatahkan emas yang dianggap oleh bangsa Mesir kuno sebagai daging para dewa.Tutankhamun terkenal pada abad ke-20 apabila makamnya di Lembah Raja-raja ditemui yang oleh Howard Carter. Anehnya mumia / mayatnya tidak pernah dirompak oleh pencari harta karun . Kebanyakan makam firaun lain yang terletak di Lembah Raja-raja pernah disamun perompak setelah beribu-ribu tahun.Tutankhamun menjadi firaun Mesir ketika berusia hanya 9 tahun. Dalam tempoh 10 tahun memerintah, Tutankhamin banyak membina semula kuil-kuil yang baru bagi menyembah tuhan-tuhan Mesir Purba, terutamanya Amun-Ra. Namun, Tutankhamun mangkat ketika berusia 19 tahun.Pada 18 Februari 2010, kajian genetik DNA mendapati Raja Tutankhamun mati akibat penyakit malaria iaitu sejenis penyakit tropika yang dibawa oleh nyamuk tiruk. Laporan itu disiarkan oleh Journal of American Medical Association. Kajian itu dilakukan oleh saintis Jerman dan Mesir. Tubuh Tuthankhamun lemah kerana ia hasil sumbang mahram antara dua adik beradik (kakak dan adik lelaki) . Pemuda ini sangat lemah dan menderita pelbagai penyakit dan mungkin berjalan dengan tongkat kerana kakinya gelap.[1]



 

Seti


Menmaatre Seti I (juga disebut Sethos I) adalah firaun Mesir Kuno (dinsati ke-19), putra Ramses I dan Ratu Sitre, dan ayah dari Ramses II. Tanggal kekuasaannya yang sebenarnya belum jelas, dan berbagai sejarawan mengklaim tanggal yang berbeda, dengan 1294 hingga 1279 SM yang paling umum digunakan ahli saat ini.

 
wajah Seti yang dilukis pada dinding 


Ramsess

 Arca dan mumia Ramsess  II

Ramsess II (juga disebut Ramsess yang Agung) adalah firaun Mesir ketiga yang berasal dari dinasti ke-19. Ia sering dianggap sebagai firaun terbesar dan terkuat di Mesir Kuno. Sebagai firaun, Ramses II memimpin beberapa ekspedisi ke Israel, Lebanon dan Suriah. Ia juga memimpin ekspedisi ke Nubia.

Pada awal kekuasaannya, ia fokus dalam pembangunan kota, kuil dan monumen. Ramses II mendirikan kota Pi-Ramesses di Delta Sungai Nil sebagai ibukota barunya dan basis utama untuk kampanye militernya di Suriah 

Hatshepsut

Patung Hatshepsut yang direkonstruksikan di kuil pemakamannya di Deir el-Bahri

Hatshepsut (kadang-kadang dieja Hatchepsut yang berarti Perempuan Bangsawan Paling Terkemuka)[3] adalah firaun kelima dari Dinasti ke-18 di Mesir kuno. Para Egiptologis umumnya menganggapnya sebagai salah seorang firaun perempuan yang paling berhasil di Mesir, yang memerintah lebih lama daripada perempuan penguasa manapun dalam sebuah dinasti bumiputra.

Hatshepsut dipercayai pernah memerintah sebagai salah seorang penguasa dari sekitar 1479 hingga 1458 SM (Tahun 7 hingga 21 dari Thutmose III).[4] Ia dianggap sebagai ratu penguasa yang paling awal dikenal dalam sejarah dan perempuan kedua yang diketahui naik takhta sebagai "Raja Mesir Hulu dan Hilir" setelah Ratu Sobekneferu dari Dinasti ke-12. Pada 27 Juni 2007, sebuah mumi dalam makam KV60 di Lembah Para Raja diidentifikasikan sebagai Hatshepsut.[2]


Nefertiti 



lukisan patung Nefertiti ini ditemui pada 1912 di Armana, Egypt

 
Nefertiti (kecantikan telah muncul) adalah Permaisuri Agung, isteri Firaun Amenhotep IV (kemudian bergelar Akhenaten), dan merupakan ibu mertua dan mungkin ibu tiri dari Firaun Tutankhamun. Baginda juga berkemungkinan memerintah kerajaan dalam waktu singkat dengan nama Neferneferuaten-Nefertiti (bermaksud, Aten memancarkan sinarnya kerana kecantikan telah muncul) setelah suami baginda mangkat dan sebelum bertakhtanya Tutankhamun. Secara kasar, namanya diterjemahkan menjadi "wanita yang cantik (atau sempurna) telah datang, tiba atau muncul". Sebahagian namanya juga bermaksud manik-manik emas yang terjulur panjang, disebut nefer, yang sering dipakainya. Baginda terkenal dengan patungnya, yang sekarang berada di Muzium Altes Berlin, seperti yang kelihatan di sebelah kanan. Patung ini merupakan karya yang banyak ditiru. Dibuat oleh pengukir bernama Thutmose, dan ditemui di peninggalan tempat dia bekerja. Patung ini menjadi contoh bahawa pada zaman Mesir kuno sudah ada pemahaman wajah realistik.

Nefertiti hidup antara tahun 1370-1330 SM


 novel Nefertiti karya Michele Moran berasal dari the San Fernando Valley, CA

 

Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya:
  • Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkin Menes atau Narmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui siapa muncul dahulu.
  • Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dari Orang Laut kerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir ketika peperangan. Tidak pasti sama ada Ramesses III atau Amenemhat I dibunuh.
  • Keadaan sebenar kehilangan isteri Akhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui. Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.
  • Apa yang berlaku kepada Hatshepsut tidak diketahui dan hubungan antara Hatshepsut dengan Senenmut masih diperdebatkan.
  • Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan Mesir berpecah ketika itu.
  • Tidak diketahui sama ada Necho II menghantar ekspedisi yang berlayar dari Laut Merah mengelilingi Afrika dan kembali ke delta Nil.

 

Bibliografi

  • (Inggeris)Sir Alan Gardiner Egyptian Grammar: Being an Introduction to the Study of Hieroglyphs, Third Edition, Revised. London: Oxford University Press, 1964. Excursus A, pp. 71-76.
  • (Inggeris)Brier, Bob. PhD. History of ancient Egypt (Audio). The First Nation in History. The Learning Company. 2001.

 

Pautan Luar




Tiada ulasan:

Catat Ulasan