Khamis, 4 Ogos 2011

Penyeri Hari Raya


'MERCUN' Sejak dari zaman dulu lagi apabila tiba musim perayaan akan kedengaran bunyi letupan2 kecil di setiap kawasan tidak kira di kampung2 terpencil ataupun di bandar2 besar...Walaupun agak membahayakan, tetapi terdapat ramai lagi yang masih memberanikan diri untuk bermain mercun...dah macam tradisi kan...Ermm

Bunga Api


Terdapat beberapa jenis bunga api dalam Malaysia  iaitu Bunge Api Asap(merah), Bunge Api Warna dan Bunge Api Besi…Kanak2 yang lebih cenderung kepada Bunga Api kerana  kelihatan lebih santai…Terdapat juga kaum2 dewasa yang berminat kepada bunga api tetapi lebih kepada Bunge Api Asap…Bunge Api Asap lah yang telah banyak meragut jari2 manusia di bumi kerana mudah untuk diubahsuai menjadi bahan letupan…Silap sikit je “BOOOM”…Raye kat hospital…hahaha

Mercun ‘POP’


‘POP’ ‘POP’ ‘POP’ bunyi yang paling diminati oleh kanak2 riang dalam musim2 perayaan nie ditambah pula dengan warna yang pelbagai dan dibungkus seperti kacang kude(nyum2)…Ibubapa digalakkan membelinya untuk anak2 kerana cume baling je ke lantai, meletup le die…risiko berlaku kemalangan diri dalam 1% tapi Tuhan maha kuase…apepn cube le Mercun POP (Boring)…

Mercun Teloq Naga


Telor Naga agak sesuai untuk kanak2 kerana letupan cuma mengeluarkan bunyi yang agak kebudak-budakkan dan percikan api yang jambu…Bentuknya seperti Telo Tokek (asal lak panggil telo naga) dan berwana –warni  yang akan menarik minat kanak2 mendekatinye manakala ibubapa pula menjauhinya(sayang duit)…hahaha

Mercun Gasing


Digelar Mercun Gasing kerana bentuknya saling xtumpah dengan gasing iaitu permainan tradisi orang melayu…Manakala Mercun gasing pula permainan tradisi di waktu perayaan…Mercun Gasing ini berputar dan mengeluarkan percikan api…

Mercun Papan


Mercun papan…name yang paling lame berada dalam industri mercun…ade juge individu yang menggelarkannya mercun b***...slalunye berwarna merah pekat berkilat dan bentukye sebesar jari kelinking saya, bukan awak ok (hehe)...mercun ini slalunya diikat bersama-sama dan boleh mencapai berkaki-kaki panjangnye(fuyoo)…kite cume perlu gantungkan pada pokok dan kite bako je…dan hayatilah keunikan bunyi letupannye…huhu

Mercun Padi


Padi…Bukan pokok Padi mahupun Band muzik Indonesia yang hendak diperkatekan di sini…Tetapi yang hendak diceritakan ialah tentang adik kepada mercun papan iaitu Mercun Padi...Saiznya yang kecil sedikit dan letupannya yang kurang ‘power’ membuatkanya di gelar mercun padi...Ianya agak meriah kerana berwarna –warni dan tidak membahayakan si empunyanye..haha

Mercun Mancis


Sekali pandang macam kotak mancis, dua kali pandang macam kotak mancis jugak, tiga kali pandang macam2 aznil la plak (gurau je..hee)..Mercun Mancis, just perlu goreskan saja (macam mancis api) dan lemparkan sejauh yang mungkin...mercun ini akan mengeluarkan asap dahulu dan kemudiannye ‘pomm’, (bukan Ram Pom Pom) meletup daaa...Ade juge mercun mancis ini yang boleh meletup lebih dari dua kali…So, hati2 lah dengan asap2 disekeliling anda..mungkin anda akan menjadi mangsanya..hihihi

Mercun Roket


Batangnye panjang, ade kepala n ade ekor (think positif)…Bentuknye xubah seperti roket…tetapi telah di setkan supaya xakan sampi ke destinasi…dielah Mercun Roket atau pun name saintifiknye ialah  The Thunderclap…* jangan padang ke langit sewaktu mercun ini meletup sebab takut nanti batangnye tercocok ke lubang idung anda…

Mercun KLCC


Hargenye agak mahal sikit tetapi bagi yang menggemari kecantikan letupannya, wang bukan satu masalah …Sekali meletup “wah indahnye” dunia…itulah kata2 yang tergambar pada wajah2 yang telah melihatnye…Inilah penangan Mercun KLCC…xcaye try r beli…betoi..

Mercun Katak



Yang ini pula mercun katak namenye..tetapi bunyinye bukan (ong..ong..) macam katak tetapi meletup juga seperti mercun lain ditambah lagi dengan lompatannya yang semacam katak membuatkan ia dipanggil mercun katak...sebut betol2 ye, mercun katakkk…bukan mercun icha or mercun jaq...heee

Mercun Bola


Bile sebut pasal bola mesti ramai yang membayangkan Critiano Ronaldo, Fernando torres dan tidak lupe juge khairul fahmi apek yang mempunyai ramai peminat…Tetapi Mercun Bola juga mempunyai peminatnye tersendiri…Bila musim perayaan tibe, namenye pasti disebut2 oleh orang ramai…Bentuk seperti bola dan agak bahaya kesan letupannya…Terdapat dalam 2 saiz…harga sebijik dalam 50 sen…berpatutan kan…kan

Mercun Teloq


Mercun Telor pun lebih kurang dengan mercun Bola…So, xyah citer banyak2 pn xpe r..xde idea plak rasanye..Nak buat assignment jap (Plant vs Zombies)…

Mercun Tangan

Nie part yang paling best…tgk sendiri…mlas nak citer…


not welcome

Jumaat, 29 Julai 2011

Info Ramadhan Al-Mubarak

Fadhilat Di Bulan Ramadhan


tabahkan diri untuk menempuhnya

Nikmat Berpuasa

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Bagi yang berpuasa terdapat 2 kegembiraan, waktu berbuka dan ketika bertemu tuhanNya”.

[Riwayat Syaikhan]


 makan makanan yang berkhasiat

Kebaikan Bersahur

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Bersahurlah kerana sahur itu mengandungi berkat”.

[Riwayat Muttafaqun ‘Alaih]


 Berhenti sebelum kenyang

Menyegerakan Berbuka Puasa

Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”.

[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]


pada yang memerlukan

Rahsia Bersedekah

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Sedekah yang paling baik ialah sedekah di bulan Ramadhan”.

[Riwayat At-Tirmizi]


 meringankan beban insan kurang bernasib baik


Galakkan Membayar Zakat Fitrah Lebih Awal

Daripada Ibn Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan menunaikan zakat fitrah sebelum orang ramai menunaikan solat (Idulfitri).

[Riwayat Muttafaqun ‘Alaih]


 Bertadarus


Kelebihan Membaca Al-Quran

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah SWT, maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan digandakan dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif, Lam, Mim) itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.

[Riwayat At-Tirmizi]



Isnin, 25 Julai 2011

Konspirasi Al-Masih Dajjal ll

Al-Quran ada menyatakan bahawa salah satu tanda umat akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, adalah runtuhnya Masjid Al-Aqsa dan seterusnya Baitullah Al-Haram(Makkah). Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman itu adalah kehancuran Masjidil Aqsa dan juga adalah satu petanda kiamat hampir tiba.


Masjidil Aqsa

Masjidil Aqsa (Haram Al-Sharif)

Mengikut sejarah Masjidil Aqsa bermaksud seluruh kawasan Haram al-Sharif yang menempatkan Masjid al-Aqsa ‘Masjid Paling Jauh’ dan Qubbat As-Sakhrah (Dome of The Rock). Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah (Baitullah Al-Haram) di Makkah dengan perintah Allah SWT.

Masjid Al-Aqsa

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah yang terletak di Baitulmaqdis (Jerusalem). Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.Menurut orang Yahudi ianya terbina di kawasan Haram Al-Sharif atau ‘Temple Mount’ kononnya menempatkan kuil (Solomon Temple/Heikal sulaiman/kuil sulaiman) yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Kaabah (Baitullah Al-Haram) di Makkah

Umat Islam percaya di tempat suci inilah Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Dalam hadits shahih disebutkan sebagai salah satu dari tiga masjid yang dianjurkan untuk diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsha. Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 4000 hingga 6000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

 Qubbat As-Sakhrah’

Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atauQubbat As-Sakhrah’ (Dome of The Rock) yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj. ‘Qubbat As-Sakhrah’(Dome of The Rock). Yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis. Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam.

Sallahuddin al-Ayyubi

Pada 1,099M Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

 Terowong Di Bawah Masjidil Aqsa

Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman (Solomon Temple/Heikal sulaiman/kuil sulaiman). Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis). Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman.

Israel = Yahudi

Pembinaan terowong ini yang tidak pernah dihentikan sehingga sekarang menambahkan risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid al-Aqsa.


Konspirasi Berkaitan Masjid Al-Aqsa

Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Qubbat As-Sakhrah (Dome of The Rock) sebagai Masjid Al-Aqsa.

Gambaran Solomon Temple

Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya dan membina kuil (Solomon Temple/Heikal sulaiman/kuil sulaiman). . Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

kiri: Masjid Al-Aqsa   kanan:Qubbat As-Sakhrah

Betapa jauhnya perbezaan antara Qubbat As-Sakhrah (Dome of The Rock) jika dibandingkan dengan Israel telah menggembar- gemburkan di seluruh dunia samada di dalam akhbar, internet dan televisyen mengelirukan umat Islam tentang wajah sebenar masjid Al-Aqsa ini. Mereka ingin menguasai masjid ini lantas merobohkannya apabila umat islam tidak mengetahui yang mana  satu masjid Al-Aqsa sebenar.

Wilayah Palestin (Hijau)

Kaum Yahudi ini juga ingin merampas seluruh tanah yang sebelum ini kepunyaan penduduk Palestin. Malah sekiranya anda menaip membuat carian masjid Al-Aqsa di mana-mana pencari Image internet, gambar bangunan berkubah kuning (Qubbat As-Sakhrah/Dome of The Rock) ini akan kelihatan dengan tajuk masjid Al-Aqsa!!!

Tembok Buraq (Tembok Ratapan)

Ramai umat islam termasuk di Malaysia keliru menganggap masjid berkubah kuning (Qubbat As-Sakhrah/Dome of The Rock) ini masjid Al-Aqsa. Banyak jenayah Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa yang kita tidak ketahui iaitu :
  • Menghalang umat Islam dari menziarahi Masjid Al-Aqsa,
  • Menghalang usaha membaik-pulih Masjid Al-Aqsa,
  • Rampasan Tembok Buraq (Tembok Ratapan) yng sebahagiannya dari Al-Aqsa,
  • Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Al-Aqsa,
  • pembakaran masjid secara terancang,
  • pengeboman secara terancang ke atas Masjid Al-Aqsa,
  • pembunuhan umat Islam di Masjid Al-Aqsa,
  • Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini,
  • Pembinaan tugu(Solomon Temple/Heikal sulaiman/kuil sulaiman).

Lambang 'Horuman' mewakili tugu (Solomon Temple)

# Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan menunaikan apa yang telah disyariatkanNya. Allahhualam…

Selasa, 19 Julai 2011

Konspirasi Al-Masih Dajjal

Terdapat bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.

Pakatan illuminati



Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem yang menceritakan perihal Freemasons seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons. Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati.




Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.


Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.


Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.


Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons.

Freemasons


                                
Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah;


Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati .


Antara konspirasi

Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan perpecahan umat beragama di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas(freethinking), ideologi yang membebaskan manusia dari pemikiran beragama (freedom), menguasai filem, TV, dan media massa (film), mengubah cara budaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion), mewujudkan aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.) dan menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.


Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu

Black Metal


 

Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan pemujaan syaitan lain antaranya

 

Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol segitiga dan bintang.

Church of Satan



Church of Satan ditubuhkan di san Fransisco, Carlifornia pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor La Vey iaitu kumpulan Order Of The Trapezoid

     

Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.

Bohemian Club




Bohemian Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco, California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.

Anti Christ       

Dalam kepercayaan Kristian, Anti-Al-Masih (bahasa Inggeris: Anti-Christ) bermakna seseorang yang dikenalpasti memenuhi ramalan agama sebagai orang yang akan menentang Jesus Christ dan menggantikan dirinya di tempat Jesus. Al-Dajjal ( arab : الدّجّال‎, harfiahnya "Penyamar") adalah watak serupa dalam estologi Islam.

Skull and Bones

Hanya golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka adalah kumpulan elite di dalam gerakan Illuminati itu. Dan anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush.

Bendera Israel


Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.

 Star of David


menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya. Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini, Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga


Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas. Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini.


Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah gabungan 3 buah segitiga. 

Kesimpulannya

Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith. Tetapi Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya.