'MERCUN' Sejak dari zaman dulu lagi apabila tiba musim perayaan akan kedengaran bunyi letupan2 kecil di setiap kawasan tidak kira di kampung2 terpencil ataupun di bandar2 besar...Walaupun agak membahayakan, tetapi terdapat ramai lagi yang masih memberanikan diri untuk bermain mercun...dah macam tradisi kan...Ermm
Bunga Api
Terdapat beberapa jenis bunga api dalam Malaysia iaitu Bunge Api Asap(merah), Bunge Api Warna dan Bunge Api Besi…Kanak2 yang lebih cenderung kepada Bunga Api kerana kelihatan lebih santai…Terdapat juga kaum2 dewasa yang berminat kepada bunga api tetapi lebih kepada Bunge Api Asap…Bunge Api Asap lah yang telah banyak meragut jari2 manusia di bumi kerana mudah untuk diubahsuai menjadi bahan letupan…Silap sikit je “BOOOM”…Raye kat hospital…hahaha
Mercun ‘POP’
‘POP’ ‘POP’ ‘POP’ bunyi yang paling diminati oleh kanak2 riang dalam musim2 perayaan nie ditambah pula dengan warna yang pelbagai dan dibungkus seperti kacang kude(nyum2)…Ibubapa digalakkan membelinya untuk anak2 kerana cume baling je ke lantai, meletup le die…risiko berlaku kemalangan diri dalam 1% tapi Tuhan maha kuase…apepn cube le Mercun POP (Boring)…
Mercun Teloq Naga
Telor Naga agak sesuai untuk kanak2 kerana letupan cuma mengeluarkan bunyi yang agak kebudak-budakkan dan percikan api yang jambu…Bentuknya seperti Telo Tokek (asal lak panggil telo naga) dan berwana –warni yang akan menarik minat kanak2 mendekatinye manakala ibubapa pula menjauhinya(sayang duit)…hahaha
Mercun Gasing
Digelar Mercun Gasing kerana bentuknya saling xtumpah dengan gasing iaitu permainan tradisi orang melayu…Manakala Mercun gasing pula permainan tradisi di waktu perayaan…Mercun Gasing ini berputar dan mengeluarkan percikan api…
Mercun Papan
Mercun papan…name yang paling lame berada dalam industri mercun…ade juge individu yang menggelarkannya mercun b***...slalunye berwarna merah pekat berkilat dan bentukye sebesar jari kelinking saya, bukan awak ok (hehe)...mercun ini slalunya diikat bersama-sama dan boleh mencapai berkaki-kaki panjangnye(fuyoo)…kite cume perlu gantungkan pada pokok dan kite bako je…dan hayatilah keunikan bunyi letupannye…huhu
Mercun Padi
Padi…Bukan pokok Padi mahupun Band muzik Indonesia yang hendak diperkatekan di sini…Tetapi yang hendak diceritakan ialah tentang adik kepada mercun papan iaitu Mercun Padi...Saiznya yang kecil sedikit dan letupannya yang kurang ‘power’ membuatkanya di gelar mercun padi...Ianya agak meriah kerana berwarna –warni dan tidak membahayakan si empunyanye..haha
Mercun Mancis
Sekali pandang macam kotak mancis, dua kali pandang macam kotak mancis jugak, tiga kali pandang macam2 aznil la plak (gurau je..hee)..Mercun Mancis, just perlu goreskan saja (macam mancis api) dan lemparkan sejauh yang mungkin...mercun ini akan mengeluarkan asap dahulu dan kemudiannye ‘pomm’, (bukan Ram Pom Pom) meletup daaa...Ade juge mercun mancis ini yang boleh meletup lebih dari dua kali…So, hati2 lah dengan asap2 disekeliling anda..mungkin anda akan menjadi mangsanya..hihihi
Mercun Roket
Batangnye panjang, ade kepala n ade ekor (think positif)…Bentuknye xubah seperti roket…tetapi telah di setkan supaya xakan sampi ke destinasi…dielah Mercun Roket atau pun name saintifiknye ialah The Thunderclap…* jangan padang ke langit sewaktu mercun ini meletup sebab takut nanti batangnye tercocok ke lubang idung anda…
Mercun KLCC
Hargenye agak mahal sikit tetapi bagi yang menggemari kecantikan letupannya, wang bukan satu masalah …Sekali meletup “wah indahnye” dunia…itulah kata2 yang tergambar pada wajah2 yang telah melihatnye…Inilah penangan Mercun KLCC…xcaye try r beli…betoi..
Mercun Katak
Yang ini pula mercun katak namenye..tetapi bunyinye bukan (ong..ong..) macam katak tetapi meletup juga seperti mercun lain ditambah lagi dengan lompatannya yang semacam katak membuatkan ia dipanggil mercun katak...sebut betol2 ye, mercun katakkk…bukan mercun icha or mercun jaq...heee
Mercun Bola
Bile sebut pasal bola mesti ramai yang membayangkan Critiano Ronaldo, Fernando torres dan tidak lupe juge khairul fahmi apek yang mempunyai ramai peminat…Tetapi Mercun Bola juga mempunyai peminatnye tersendiri…Bila musim perayaan tibe, namenye pasti disebut2 oleh orang ramai…Bentuk seperti bola dan agak bahaya kesan letupannya…Terdapat dalam 2 saiz…harga sebijik dalam 50 sen…berpatutan kan…kan
Mercun Teloq
Mercun Telor pun lebih kurang dengan mercun Bola…So, xyah citer banyak2 pn xpe r..xde idea plak rasanye..Nak buat assignment jap (Plant vs Zombies)…
Mercun Tangan
Nie part yang paling best…tgk sendiri…mlas nak citer…
not welcome
Tiada ulasan:
Catat Ulasan