Selasa, 19 Julai 2011

Konspirasi Al-Masih Dajjal

Terdapat bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.

Pakatan illuminati



Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem yang menceritakan perihal Freemasons seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons. Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati.




Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.


Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.


Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.


Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons.

Freemasons


                                
Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah;


Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati .


Antara konspirasi

Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan perpecahan umat beragama di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas(freethinking), ideologi yang membebaskan manusia dari pemikiran beragama (freedom), menguasai filem, TV, dan media massa (film), mengubah cara budaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion), mewujudkan aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.) dan menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.


Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu

Black Metal


 

Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan pemujaan syaitan lain antaranya

 

Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol segitiga dan bintang.

Church of Satan



Church of Satan ditubuhkan di san Fransisco, Carlifornia pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor La Vey iaitu kumpulan Order Of The Trapezoid

     

Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.

Bohemian Club




Bohemian Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco, California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.

Anti Christ       

Dalam kepercayaan Kristian, Anti-Al-Masih (bahasa Inggeris: Anti-Christ) bermakna seseorang yang dikenalpasti memenuhi ramalan agama sebagai orang yang akan menentang Jesus Christ dan menggantikan dirinya di tempat Jesus. Al-Dajjal ( arab : الدّجّال‎, harfiahnya "Penyamar") adalah watak serupa dalam estologi Islam.

Skull and Bones

Hanya golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka adalah kumpulan elite di dalam gerakan Illuminati itu. Dan anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush.

Bendera Israel


Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.

 Star of David


menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya. Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini, Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga


Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas. Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini.


Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah gabungan 3 buah segitiga. 

Kesimpulannya

Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith. Tetapi Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya.


Isnin, 18 Julai 2011

Segitiga Michigan (Michigan Triangle)

Terdapat satu segitiga yang mempunyai persamaan dengan Segitiga Bermuda Segitiga Michigan, Amerika Serikat yang menghubungkan Benton Harbor, Ludington, dan Manitowoc.

Ribuan bangkai kapal dan pesawat berserakan di dasar Danau Michigan yang misteri. Walaupun bukti-bukti kemalangan pesawat Northwestern Airlines 2501 di Danau Michigan menjurus kepada keadaan cuaca buruk dan kesalahan mekanikal, beberapa individu menjangka tragedi itu berkait dengan kejadian ‘supernatural’.


Berdasarkan buku 'Weird Michigan' atau 'Keanehan di Michigan' karya penulis asal Wisconsin, Linda Godfrey, penerbangan 2501 mengalami kecelakaan di wilayah Segitiga Michigan. Anomali Segitiga Michigan menyebabkan banyak kapal dan pesawat mengalami kecelakaan dan menghilang tanpa jejak. Kompas dan sistem navigasi juga tidak berfungsi di wilayah tersebut ditambah lagi keanehan-keanehan yang lain.

"Banyak cerita aneh tentang kehilangan misteri, kejadian-kejadian aneh ketika waktu seakan terhenti atau berlalu dengan cepat. Juga munculnya mahluk-mahluk aneh," seperti tertulis dalam buku tersebut, yang dimuat laman berita Michigan, Herald Palladium, 16 Mei 2010.
Yang paling terkenal adalah kejadian di Danau Michigan yang telah menghilangnya kapten kapal pengangkutan OM McFarland pada April 1937. Kapten kapal yang diketahui bernama George Donner ghaib dari kabinnya dalam perjalanan menghantar batu bata dari Erie ke Port Washington.Tidak pernah diketahui apa yang menyebabkan Donner ghaib di hari ulang tahunnya yang ke 58. Individu yang percaya keberadaan Segitiga Michigan yakin bahawa Donner hilang di wilayah itu.

Kejadian misterius juga terjadi dalam kejadian kecelakaan Penerbangan 2501. Buku 'Keanehan Michigan' melenyapkan pesawat itu begitu saja. Tiada seorang pun daripada 58 penumpangnya yang dapat ditemui selepas itu. "Pasukan penjaga pantai yang diterjunkan ke lokasi kejadian hanya menemui selimut berlogo kapal penerbangan sahaja." Anggapan bahawa kecelakaan ini disebabkan oleh Segitiga Michigan tetap bertahan, meskipun terdapat penemuan bahagian tubuh dan bangkai-bangkai pesawat di bahagian timur Danau Michigan dan di sekitar 18 mil barat laut Benton Harbor.

Legenda Segitiga Michigan dianggap pembohongan oleh pengkaji-pengkaji bangkai kapal yang ditemui di Danau Michigan, Valerie van Heest.

Menurut aktivis lembaga penyiasat kapal tenggelam atau Michigan Shipwreck Research Associates yang berpengkalan di Belanda, itu hanya mitos.

"Tidak ada segitiga di sana, tetapi yang pasti ada banyak bangkai kapal," kata Van Heest.

"Saya tegaskan tidak ada segitiga misterius. Ada 6.000 hingga 10.000 bangkai kapal di Danau Michigan kerana banyak kapal dan pesawat melalui kawasan itu, wajarlah jika terdapat banyak kemalangan.

Segitiga Bermuda (Bermuda Triangle)

Bagi Anda yang gemar kisah misteri, pasti mengenal Segitiga Bermuda , Segitiga Setan atau Segitiga Misteri. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat US dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini telah berabad-abad menyimpan kisah yang tak terunkaikan. Misteri demi misteri telah dicatatkan oleh pengelana samudera seperti Christopher Columbus.


Terdapat satu kejadian pada suatu malam tiba-tiba para awak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan bola-bola api yang jatuh begitu saja dari langit ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.
Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini indera keenam memang seperti dihantui ’suasana’ yang mistik. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung kerana hanya di perlihatkan ‘pertunjukkan’.
Segitiga Bermuda juga telah menghilangkan jejak puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian terkuak sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya lima Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah terbang melintasi wilayah laut ini pada siang hari 5 Desember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melaporkan bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami gangguan kerosakkan. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Lenyapnya Pesawat C-119 U.S.Air Force

Kisah hilangnya pesawat transpor C-119 Flying Boxcar pada 7 Juni 1965 menjadi buah mulut orang ramai. Pesawat milik U.S.Air Force bermuatan kargo ini berlepas pada pukul 7.47 pagi dari Lanud Homestead menuju ke Lapangan Terbang Grand Turk, Bahama, dan diharapkan mendarat pukul 11.23 pagi.



Pesawat ini sebenarnya hampir menamatkan perjalanannya dengan selamat kerana sehingga jam 11 pagi masih terdengar pada radio kawalan lokasi pesawat tersebut. Sesungguhnya memang tiada yang mencurigakan dan tiada kerosakkan pernah dilaporkan. Tetapi Boxcar tak juga sampai tujuan.

 “Benar-benar aneh. Sebuah pesawat terbang ke arah selatan Bahama dan hilang begitu saja tanpa jejak,” demikian ulasan seorang veteran penerbang Perang Dunia II.

Hingga saat ini,telah banyak tenggapan-tanggapan atau teori-teori mengenai peristiwa-peristiwan aneh dan ghaib yang terjadi di kawasan tersebut :
Penjelasan dari suatu Syarikat Kapal Laut

Syarikat laut Lloyd’s of London menyatakan bahawa segitiga bermuda bukanlah lautan yang berbahaya dan sama seperti lautan biasa di seluruh dunia, asalkan tidak membawa barang muatan berlebihan ketika melalui wilayah tersebut. Penjelasan tersebut dianggap masukakal setelah beberapa  penyelidikan dilakukan oleh ahli saintis.
Teori Lorong Waktu
         
Menurut beberapa peneliti, mungkin dikawasan ini terdapat sebuah gangguan atmosfera di udara berupa lubang di langit. Ke lubang itulah pesawat terbang masuk tanpa sanggup untuk keluar lagi. Dari misteri “Lubang di Langit” ini membentuk sebuah teori tentang wujudnya perhubungan antara dunia dengan dimensi lain. lubang di Langit itu dianggap sebagai alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah bentuk Lubang di Langit itu UFO? Orang sering mengaitkan hilangnya pesawat dengan munculnya UFO.

Blue Hole


Kononnya di dasar laut segitiga bermuda terdapat sebuah lubang/gua dasar laut, tetapi setelah zama berlalu, gua ini ditutupi oleh air laut. Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran. Banyak kapal-kapal kecil dan manusia yang telah disedut ke dalam blue hole dan anehnya kapal-kapal kecil yang disedut itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah Mungkinkah Blue Hole ini dapat menelan kapal raksasa ke dasar lautan?

Gas Metana


Penjelasan lain dari beberapa peristiwa lenyapnya pesawat terbang dan kapal laut secara misteri adalah adanya gas metana di wilayah perairan tersebut. Teori ini bongkarkan untuk pertama kalinya pada tahun 1981 oleh Badan Penyelidikan Geologi Amerika Serikat. Teori ini telah diujikaji di laboratorium dan hasilnya memuaskan beberapa orang tentang penjelasan yang masuk akal membongkar misteri lenyapnya pesawat-pesawat dan kapal laut yang melintas  wilayah tersebut.

Lidah Lautan




Kawasan Segitiga bermuda sering juga disebut sebagai Tongue of the Ocean atau Lidah Lautan. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon). Terdapat beberapa peristiwa belaku di sana. Terlalu banyak yang belum diketahui tentang Segitiga Bermuda, sehingga ramai orang berpendapat wujudnya kaitan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya saja misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Agustus 1917

Makhluk Sargasso


Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso, banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai zaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam.

Angin Puting Beliung




Mungkin di area ini sering terjadi badai laut yang mungkin bisa membentuk suatu pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang.

UFO


Ada yang mengatakan Segitiga Bermuda disebabkan kerana tempat tersebut merupakan pengkalan UFO mahkluk luar angkasa/alien yang tidak mahu diganggu oleh apapun yang melewati daerah teritorial tersebut akan diculik. Ada juga yang mengatakan bahawa disebabkan oleh adanya sumber magnet terbesar di bumi yang tertanam di bawah Segitiga Bermuda, sehingga logam bertan-tanpun beratnya dapat ditarik ke dalam. Bahkan ada yang mengatakan Segitiga Bermuda merupakan pusat bertemunya antara arus air dingin dengan arus air panas, sehingga akan mengakibatkan pusaran air yang besar/dasyat.

Beberapa Kejadian Yang Direkodkan :
  • 1840 : HMS Rosalie tidak dapat dikenalpasti kedudukannya
  • 1872 : The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
  • 1909 : The Spray hilang tanpa sebab
  • 1917 : SS Timandra lenyap
  • 1918 : USS Cyclops (AC-4) lenyap di laut berbadai, namun sebelum berangkat menara pengawas mengatakan bahwa lautan tenang sekali, tidak mungkin terjadi badai, sangat baik untuk pelayaran
  • 1926 : SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
  • 1938 : HMS Anglo Australian menghilang dan laporan mengatakan cuaca hari itu sangat baik
  • 1945 : Penerbangan 19 kru menghilang
  • 1952 : Pesawat British York transport lenyap dengan 33 penumpang
  • 1962 : US Air Force KB-50, sebuah kapal tanker, lenyap
  • 1970 : Kapal barang Perancis, Milton Latrides lenyap ketika berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
  • 1972 : Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), menghilang dengan 32 kru
  • 1976 : SS Sylvia L. Ossa lenyap dalam laut 140 mil sebelah barat Bermuda.
  • 1978 : Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, hilang setelah berlepas dan radio terputus
  • 1980 : SS Poet; berlayar menuju Mesir, lenyap dalam badai
  • 1995 : Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943) dilaporkan hilang setelah melalui Cap Haitien
  • 1997 : Para pelayar menghilang dari kapal pesiaran Jerman
  • 1999 : Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju St Vincent.